Indonesia tangguhkan polisi tanpa visa untuk 159 negara buat sementara waktu
Bernama
Jun 18, 2023 21:56 MYT
Jun 18, 2023 21:56 MYT
ANKARA: Indonesia menggantung polisi lawatan tanpa visa ke atas 159 negara susulan kebimbangan mengenai "gangguan ketertiban awam dan potensi penularan penyakit," lapor Anadolu memetik media tempatan pada Ahad.
Perintah untuk menangguhkan polisi lawatan tanpa visa (BVK) telah dikeluarkan oleh Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia, lapor media tempatan berbahasa Inggeris, Bali Times.
Menurut kementerian, keputusan ini bertujuan untuk menangani kebimbangan berkaitan gangguan ketertiban awam dan penularan penyakit dari negara-negara yang tidak mendapat sijil bebas penyakit yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Pada masa ini, hanya 10 negara ASEAN, iaitu Brunei Darussalam, Filipina, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand, Timor-Leste, dan Vietnam terkecuali dari peraturan itu.
Pengunjung dari negara-negara ini boleh tinggal di Indonesia sehingga 30 hari dengan pasport dan tiket perlepasan yang disahkan.
--BERNAMA-ANADOLU