Indonesia rai pemimpin G20 dalam majlis gilang-gemilang

Astro Awani
November 15, 2022 05:45 MYT
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau (kanan) bersama Presiden AS Joe Biden dilihat mengenakan pakaian batik Indonesia. - Foto Twitter/@PoliticayModa
BALI: Para pemimpin dunia yang kini berhimpun di Bali, Indonesia diraikan dalam majlis makan malam gilang-gemilang di kepulauan itu pada Selasa.
Mereka diraikan di taman kebudayaan terkemuka Garuda Wisnu Kencana.
Kehadiran mereka disambut Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi serta isteri, Iriana dengan mengenakan pakaian tradisi adat Bali.
Antara yang tiba dengan mengenakan batik Indonesia, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, Perdana Menteri Jepun dan isterinya, Fumio Kishida dan Yuko Kishida, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long, Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak serta Perdana Menteri India, Narendra Modi.
Turut kelihatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Al Saud.
Persidangan G20 | Indonesia rai pemimpin G20 dalam majlis gilang-gemilang
#G20 #Joko Widodo #batik #pakaian tradisi
;