Indonesia pindahkan 65 warganya dari Lubnan susulan ketegangan memuncak

Bernama
Oktober 4, 2024 23:22 MYT
Keadaan memuncak di rantau Asia Barat, khususnya kini di Lubnan, membuatkan beberapa negara mula mengambil tindakan membawa pulang warga masing-masing. - Reuters
JAKARTA: Indonesia telah memindahkan 65 warganya dari Lubnan susulan serangan udara Israel di negara itu, umum Kementerian Luar pada Jumaat, lapor Xinhua.
Menurut Judha Nugraha, pengarah perlindungan warga kementerian berkenaan, 25 daripada mereka yang dipindahkan telah pulang ke tanah air, manakala selebihnya telah mendarat di Amman, Jordan.
Ketika ini, terdapat 116 warga Indonesia di Lubnan, dengan 83 daripadanya tinggal di Beirut. Mereka terdiri daripada pelajar, pekerja migran, dan warga Indonesia yang berkahwin dengan penduduk tempatan.
"Kami mengingatkan mereka supaya tidak menangguhkan kepulangan, kerana proses pemindahan akan menjadi lebih sukar jika keadaan bertambah buruk," kata Judha.
Kerajaan turut menggesa rakyatnya untuk menangguhkan perjalanan atau transit ke Asia Barat berikutan kemungkinan penutupan ruang udara.
--BERNAMA-XINHUA
#lubnan #konflik memuncak #Indonesia #pemindahan warga
;