Indonesia naikkan had usia minimum pembelian rokok kepada 21 tahun

Agensi
Julai 31, 2024 11:41 MYT
Indonesia menaikkan had usia minimum untuk membeli rokok daripada 18 kepada 21 pada Rabu. - Gambar hiasan/Bernama
JAKARTA: Indonesia menaikkan had usia minimum untuk membeli rokok daripada 18 kepada 21 pada Rabu.
Ini merupakan sebagai sebahagian daripada siri perubahan kepada peraturan kesihatan yang bertujuan membendung tabiat yang membawa maut di negara yang mempunyai antara kadar merokok tertinggi di dunia itu.
Republik Indonesia yang memiliki 270 juta penduduk merupakan salah satu pengeluar tembakau terkemuka dunia dan terdapat kira-kira 70 juta perokok dewasa di negara itu.
Dalam peraturan kerajaan yang ditandatangani Presiden Joko Widodo minggu lalu, Indonesia menaikkan usia minimum orang yang ingin membeli rokok kepada 21 tahun dan mengharamkan penjualan sebatang rokok alternatif murah yang biasa di kedai jalanan tempatan.
Peraturan itu bertujuan "menurunkan kelaziman perokok dan mencegah perokok awal usia,".
#Joko Widodo #Indonesia #rokok #tembakau