Indonesia mula berpuasa esok, solat Tarawih di masjid dibenarkan

Bernama
April 12, 2021 23:17 MYT
Pemerintahan Indonesia juga membenarkan umat Islam menunaikan solat tarawih di masjid, menerusi protokol kesihatan COVID-19 yang ketat, dan jumlah jemaah yang dihadkan. - Foto REUTERS
JAKARTA: Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa Ramadan mulai esok.
Menteri Agama Indonesia Yaqut Cholil Qoumas dalam sidang media menerusi webinar malam ini, mengumumkan tarikh 1 Ramadan 1442 Hijrah adalah bersamaan 13 April 2021.
Pengumuman itu dibuat selepas persidangan Isbat (persidangan penentuan tarikh Ramadan) yang dilakukan menerusi sidang video antara pegawai-pegawai kementerian, Majlis Agama Islam Indonesia dan anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.
Pemerintahan Indonesia juga membenarkan umat Islam menunaikan solat tarawih di masjid, menerusi protokol kesihatan COVID-19 yang ketat, dan jumlah jemaah yang dihadkan (50 peratus daripada kapasiti masjid).
-- BERNAMA
#Indonesia #Umat Islam #puasa #Ramadan #tarawih #masjid #Yaqut Cholil Qoumas
;