Indonesia lantik semula Indrawati sebagai Menteri Kewangan
Agensi
Julai 27, 2016 14:17 MYT
Julai 27, 2016 14:17 MYT
Presiden Indonesia Joko Widodo memilih Sri Mulyani Indrawati sebagai menteri kewangan yang baru, mengembalikan jawatan beliau enam tahun lepas.
Indrawati, 53, akan menggantikan Bambang Brodjonegoro dalam rombakan kabinet kedua sejak Jokowi mengambil alih pimpinan negara tidak sampai dua tahun lalu.
Ketika beliau memegang jawatan itu antara tahun 2005 dan 2010, Indrawati mengemudi ekonomi republik itu dalam keadaan krisis kewangan global dan membantu meningkatkan pelaburan serta mengawal inflasi.
Pelantikan Indrawati, yang merupakan Pengarah Urusan Bank Dunia, dilihat satu cara Jokowi mengukuhkan pegangannya dalam agenda ekonomi negara itu, menurut Wellian Wiranto, pakar ekonomi Oversea-Chinese Banking Corp. di Singapura.
Kabinet baru Jokowi juga mengukuhkan asas politiknya dan katanya, tidak keterlaluan untuk beliau menyifatkan barisan baru itu sebuah 'Dream Team' (Pasukan Impian).