Indonesia lantik menteri baharu ganti Mahfud MD

Bernama
Februari 21, 2024 23:24 MYT
Presiden Indonesia Joko Widodo menamakan Hadi Tjahjanto (kiri) sebagai Menteri Penyelaras Politik, Perundangan dan Keselamatan yang baharu bagi menganggotai Kabinet yang berbaki lapan bulan sehingga Oktober 2024. - Foto Instagram/@jokowi
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menamakan Hadi Tjahjanto sebagai Menteri Penyelaras Politik, Perundangan dan Keselamatan yang baharu bagi menganggotai Kabinet yang berbaki lapan bulan sehingga Oktober 2024.
Hadi menggantikan Mahfud MD yang meletak jawatan bagi bertanding sebagai calon naib presiden pada pilihan raya 2024.
Sementara itu, Agus Harimurti Yudhoyono, anak bekas Presiden Susilo Bambang Yudhoyono akan mengambil alih jawatan Hadi yang sebelum ini menerajui Kementerian Perancangan Agraria dan Spatial.
Selepas pelantikan itu, Hadi berkata beliau komited untuk bekerjasama dengan pihak berkaitan bagi mengekalkan kestabilan politik dan keselamatan manakala Agus Harimurti berikrar untuk berkhidmat sebaik mungkin walaupun bagi tempoh singkat.
-- BERNAMA
#Hadi Tjahjanto #Menteri Penyelaras Politik Perundangan dan Keselamatan #Indonesia #Joko Widodo #Mahfud MD
;