Indonesia lantik Bahlil Lahadalia sebagai Menteri Tenaga sementara
Bernama
Februari 4, 2022 23:24 MYT
Februari 4, 2022 23:24 MYT
JAKARTA: Menteri Pelaburan Indonesia Bahlil Lahadalia akan turut memangku portfolio Menteri Tenaga dan Sumber Mineral buat sementara waktu berikutan penyandangnya Arifin Tasrif menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan dijangkiti COVID-19.
"Menteri (Arifin) dalam keadaan baik. Insyaallah minggu depan beliau akan kembali bekerja. Tolong doakan beliau," kata jurucakap Kementerian Tenaga Agung Pribadi dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian itu menjadi perhatian baru-baru ini berikutan keputusannya untuk menghentikan sementara eksport arang batu sepanjang Januari, bertujuan mengelakkan gangguan di loji janakuasa arang batu domestik.
Indonesia adalah pengeksport arang batu terbesar di dunia.
--BERNAMA
TAG: Menteri, Arifin Tasrif, Bahlil Lahadalia, COVID-19
#Bahlil Lahadalia
#Menteri Tenaga dan Sumber Mineral
#Menteri Pelaburan Indonesia
#Arifin Tasrif
#menteri tenaga sementara