Indonesia keluarkan amaran tsunami
Astro Awani
Ogos 2, 2019 20:37 MYT
Ogos 2, 2019 20:37 MYT
Jabatan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) Indonesia, mengeluarkan amaran tsunami susulan gempa bumi yang berlaku pada pukul 7.03 malam (waktu tempatan).
Berdasarkan entri terbaharu inatews.bmkg.go.id, beberapa daerah di bahagian Selatan Selat Sunda diminta untuk berwaspada terutama daerah Banten, Bengkulu, Jawa Barat dan Lampung.