Indonesia karamkan 27 bot nelayan, termasuk dari Malaysia, yang ceroboh perairannya

AFP
Februari 22, 2016 20:13 MYT
Indonesia mengambil tindakan itu setelagh sekian lama hasil lautnya dicuri nelayan asing. - Foto AFP
Pemerintah Indonesia mengebom dan mengaramkan 27 bot asing dari pelbagai negara yang menceroboh perairan negara itu, pada Isnin.
Tindakan itu adalah sebahagian daripada kempen besar-besaran kerajaan Indonesia untuk mengekang penangkapan ikan secara haram yang melepasi sempadan lautnya.
"Bot-bot kosong dari Filipina, Vietnam, Malaysia dan Myanmar diletupkan dan ditenggelamkan di lima lokasi berasingan di seluruh negara.
"Pemerintah kini mengambil tindakan yang lebih drastik untuk menguatkuasakan peraturan bagi memastikan perairan Indonesia terus selamat," kata Menteri Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti.
Sebelum ini banyak bot asing telah dikaramkan dalam usaha memerangi penangkapan ikan secara haram di perairan negara tersebut, yang menurut Presiden Joko Widodo amalan itu selama ini merugikan ekonomi Indonesia sehingga berbilion dolar.
Selain membabitkan kos yang tinggi saban tahun, usaha itu juga dilihat menaikkan ketegangan ke atas negara serantau.
Tahun lepas, China melahirkan kebimbangan selepas bot mereka diletupkan kerajaan Indonesia.
#bom bot nelayan #ceroboh perairan #Indonesia karamkan bot nelayan #Joko Widodo
;