Indonesia kaji semula keputusan bebaskan Abu Bakar Bashir
Astro Awani
Januari 22, 2019 15:22 MYT
Januari 22, 2019 15:22 MYT
Kerajaan Indonesia akan mengkaji semula keputusan Presiden negara itu untuk membebaskan ulama radikal Abu Bakar Bashir berikutan kritikan domestik dan antarabangsa.
Menteri Pertahanan Tertingginya, Wiranto dalam sidang akhbar tergempar pada Selasa berkata, Presiden Joko Widodo telah meminta beliau untuk menyelaraskan kajian terhadap semua aspek pelepasan yang dirancang.
Bashir, ketua pengebom Bali dan pelampau di Indonesia dijatuhi hukuman 15 tahun penjara pada tahun 2011 kerana membantu mendirikan sebuah kem latihan gaya tentera di aceh untuk militan Islam.
Jokowi pada Jumaat berkata, beliau telah bersetuju untuk melepaskan Bashir yang berusia 80 tahun atas alasan kemanusiaan.
Bashir sebelum ini dianggap tidak memenuhi syarat untuk pembebasan parol di atas penolakannya untuk meninggalkan kepercayaan radikal.
Ramai ulama ditangkap sejurus selepas pengeboman Bali 2002.
Kebanyakan daripada 202 orang terbunuh dalam pengeboman adalah warga asing, termasuk 88 warga Australia.