Indonesia: Dito Ariotedjo dilantik sebagai menteri sukan baharu
Bernama
April 3, 2023 07:15 MYT
April 3, 2023 07:15 MYT
JAKARTA: Presiden Joko Widodo telah melantik Ario Bimo Nandito Ariotedjo atau Dito Ariotedjo sebagai menteri belia dan sukan yang baharu.
Dito Ariotedjo dari Parti Golkar menggantikan Zainudin Amali yang meletak jawatan pada 13 Mac selepas dilantik sebagai naib pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia.
Pelantikan ahli politik berusia 32 tahun itu berlangsung pada Isnin di Istana Presiden di Jakarta tengah.
Sebelum ini, Dito Ariotedjo dilantik sebagai 'Chef de Mission' Indonesia untuk Sukan Olimpik Remaja Buenos Aires 2018.
Joko Widodo telah mengarahkan beliau untuk mempersiapkan atlet Indonesia bagi menghadapi Sukan SEA 2023 di Kemboja dan Sukan Asia serta mengubah ekosistem sukan negara di semua peringkat.
-- BERNAMA