Indonesia catat jumlah harian tertinggi kes COVID-19 sejak Januari
Bernama
Jun 18, 2021 05:42 MYT
Jun 18, 2021 05:42 MYT
JAKARTA: Indonesia pada Jumaat mencatatkan 12,990 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam, menandakan lonjakan harian tertinggi sejak akhir Januari dan menjadikan jumlah keseluruhan 1,963,266 kes , lapor Agensi Berita Xinhua.
Angka kematian berkaitan COVID-19 bertambah 290 kepada 54,043, lapor Kementerian Kesihatan.
Dalam tempoh itu, 7,907 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, dengan jumlah sembuh keseluruhan 1,779,127 orang
Koronavirus telah merebak ke 34 wilayah di seluruh negara.
Dalam 24 jam terakhir, Jakarta mencatat 4,737 kes baharu, Jawa Barat 2,791, Jawa Tengah 1,331, Jawa Timur 731 dan Yogyakarta 592.
Tiada kes baharu dikesan di wilayah Maluku.
-- BERNAMA
#Jakarta
#Indonesia
#kluster perayaan
#gelombang baharu
#COVID-19
#koronavirus
#kes harian tertinggi
#lonjakan
#angka kematian