Indonesia bina benteng, selamatkan Jakarta daripada banjir
Astro Awani
Jun 18, 2024 07:45 MYT
Jun 18, 2024 07:45 MYT
JAKARTA: Indonesia sedang dalam proses pembinaan benteng pasang surut sepanjang 3.6 kilometer di Semarang, Jawa Tengah, dengan peruntukan 386 bilion rupiah atau kira-kira RM111 juta.
Menurut Presiden Joko Widodo, benteng yang terletak di Kampung Nelayan, Tambak Lorok itu dipasang atas tujuan untuk mengurangkan banjir pasang surut dalam tempoh tiga dekad akan datang.
Menurutnya, benteng yang dijangka siap pada bulan Ogos itu, berpotensi untuk membawa kepada projek sama di kawasan pantai lain yang terdedah.
Menurut kenyataan Sekretariat Presiden, projek itu kini sudah 85 peratus siap dan dijangka selesai pada Ogos 2024, termasuk penyusunan semula Kampung Nelayan.
Projek itu merangkumi pembinaan tembok laut seluas 20 hektar dan dua kolam takungan untuk mengurangkan risiko banjir, bersama dua rumah pam yang mampu mengepam 3×500 liter sesaat setiap satu.
Dilaksanakan dalam dua fasa, inisiatif itu pada mulanya memastikan keselamatan limbungan kapal semasa fasa pertama (2016-2017).
Fasa kedua yang sedang berlangsung (2022-2024) bertujuan untuk melindungi kawasan kediaman, kemudahan sosial dan kemudahan awam di sekitar Tambak Lorok.