Indonesia bertanding kerusi tidak tetap UNSC bagi penggal 2029-2030
Bernama
Oktober 1, 2024 19:36 MYT
Oktober 1, 2024 19:36 MYT
JAKARTA: Indonesia bertanding untuk kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bagi penggal 2029-2030, menurut Menteri Luar Indonesia, Retno Marsudi.
Pencalonan ini mencerminkan komitmen Indonesia untuk menyumbang kepada keamanan dan keselamatan global, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).
Retno menegaskan bahawa keamanan, keadilan dan kemanusiaan sentiasa menjadi teras dasar luar Indonesia, dan komitmennya terhadap keamanan, kemakmuran serta keselamatan bersama akan diteruskan dalam setiap pentadbirannya.
Indonesia sebelum ini pernah menduduki kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB pada penggal 1974-1975, 1995-1996, 2007-2008, dan 2019-2020.
-- BERNAMA
#Indonesia
#kerusi tidak tetap
#majlis keselamatan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu
#UNSC
#PBB
#Retno Marsudi