Indonesia bekalkan 4 juta vaksin untuk tangani wabak kaki dan mulut (FMD)
Bernama
Januari 8, 2025 04:45 MYT
Januari 8, 2025 04:45 MYT
JAKARTA: Kerajaan Indonesia membekalkan empat juta dos vaksin, bernilai 100 bilion rupiah (sekitar US$6 juta), untuk menangani wabak penyakit kaki dan mulut (FMD), menurut Kementerian Pertanian, lapor Xinhua.
Vaksin FMD ini sedang diedarkan ke seluruh wilayah di Indonesia melalui kerajaan tempatan.
"Penternak boleh mendapatkan vaksin ini secara percuma daripada kerajaan tempatan mereka," menurut Timbalan Menteri Pertanian Sudaryono, pada Selasa.
Sudaryono mengesahkan, jumlah vaksin yang tersedia masih belum mencukupi, memandangkan wabak FMD di Indonesia kini telah meningkat ke Tahap Amaran 1.
Selain itu, kerajaan menggesa penternak agar memastikan haiwan ternakan mereka sihat dan kandang sentiasa bersih untuk membantu mengurangkan penyebaran penyakit tersebut.
-- BERNAMA