Indonesia bakal bina jambatan hubungkan Batam dan Bintan

Agensi
Julai 12, 2019 10:22 MYT
Jambatan yang menghubungkan Batam dan Bintan menelan belanja kira-kira RM1.1 bilion. - Foto Reuters
Indonesia bercadang membina jambatan sepanjang tujuh kilometer menghubungkan dua pulau miliknya, di Selat Melaka.
Ia sebahagian usaha membangunkan industri dan pelancongan di kawasan itu.
Memetik laporan Reuters, jambatan yang menghubungkan Batam dan Bintan menelan belanja kira-kira RM1.1 bilion.
Menurut Pejabat Setiausaha Kabinet dalam satu kenyataan, pembinaan jambatan itu bertujuan memanfaatkan perluasan Lapangan Terbang Changi di Singapura dengan pembangunan terminal 5 baharu, yang akan mempunyai hubungan pengangkutan ke Bintan.
Pembinaan jambatan itu akan bermula pada tahun 2020 dan dijangka mengambil masa tiga hingga empat tahun untuk disiapkan.
#Batam #Bintan #Indonesia #kabinet #pelancongan #Singapura
;