Individu mulakan 'Ice Bucket Challenge' meninggal dunia

Madiha Abdullah
Disember 1, 2017 08:57 MYT
Senerchia bersama isterinya, Jeanette, dan anaknya Taya. - Sumber foto/Twitter Nancy Cutler
INDIVIDU yang memulakan cabaran Ice Bucket atau Ice Bucket Challenge, meninggal dunia Sabtu lalu, pada usia 46 tahun.
Anthony Senerchia Jnr, disahkan menghidap Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) atau biasa dipanggil penyakit neuron motor, pada tahun 2003.
Kematian lelaki yang berasal dari New York itu diumumkan keluarganya pada Rabu.
"Senerchia akan sentiasa diingati bukan sahaja kerana kekuatannya melawan penyakit yang dihidapi, tetapi juga kerana keberaniannya melakukan sesuatu untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai penyakit itu," ujar keluarganya dalam obituari yang disiarkan media tempatan.

We mourn the loss of Anthony Senerchia Jr. and thank his family, who helped the #ALSicebucketchallenge go viral, for sharing so much of themselves as they helped others. https://t.co/7AoBqp1zcc cc @alsassociation @ionacollege @PQuinnfortheWin @ALSIceChallenge pic.twitter.com/g3HyWGipuU

— nancy cutler (@nancyrockland) November 27, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ice Bucket Challenge menjadi tular di seluruh dunia pada 2014, dengan pembabitan ramai personaliti terkemuka, antaranya Bill Gates, Tom Cruise, Oprah, Mark Zuckerberg dan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Barack Obama.
Keseluruhannya, ia berjaya mengumpul lebih AS$115 juta (RM470 juta) yang digunakan untuk kajian perubatan dan mencari penawar penyakit tersebut.
#ALS #Amyotrophic Lateral Sclerosis #Anthony Senerchia Jnr #Barack Obama #Ice Bucket Challenge #Mark Zuckerberg #oprah #perubatan #Tom Cruise
;