Individu curi khemah pesakit COVID-19 disaran jalani saringan
Agensi
April 2, 2020 21:00 MYT
April 2, 2020 21:00 MYT
Individu tidak bertanggungjawab yang mencuri sebuah khemah yang digunakan untuk saringan COVID-19 secara tidak langsung telah meletakkan diri dalam risiko terkena jangkitan.
Dalam kejadian yang berlaku di Auckland, New Zealand itu, khemah berkenaan dicuri di bahagian luar sebuah hospital, kata polis dalam satu video yang disiarkan di Facebook pada hari Rabu.
Ketua Penyelamat Kesihatan Timur, Loretta Hansen berkata kakitangan hospital mendapati khemah itu hilang sewaktu mereka tiba awal pagi Selasa untuk memulakan proses saringan.
"Pancang khemah itu dipotong menggunakan gergaji tetapi pencuri itu tetap bodoh kerana mencuri khemah yang digunakan untuk menyaring pesakit," kata Hansen.
Polis pula merayu kepada pencuri untuk memulangkan khemah tersebut dan secara sukarela melakukan saringan virus berkenaan.
"Jika anda memegang khemah itu, saya menyarankan anda segera melakukan saringan COVID-19," kata Sarjan Brett Meale.