India, Vietnam tandatangani perjanjian barisan kredit AS$300 juta
Bernama
Ogos 1, 2024 04:15 MYT
Ogos 1, 2024 04:15 MYT
NEW DELHI: India akan menyediakan barisan kredit sebanyak AS$300 juta kepada Vietnam untuk memperkukuh keselamatan maritim negara Asia Tenggara itu.
Beberapa perjanjian telah ditandatangani ketika Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, membincangkan hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara di New Delhi pada Khamis.
Perjanjian mengenai barisan kredit dari India adalah satu daripada beberapa perjanjian yang ditandatangani antara kedua-dua pihak, menurut Kementerian Hal Ehwal Luar India.
Chinh tiba di India pada Selasa malam untuk lawatan tiga hari.
India dan Vietnam telah bersetuju dengan "pelan tindakan" untuk pelaksanaan "Perkongsian Strategik Komprehensif" mereka bagi tempoh 2024-2028.
-- BERNAMA