India tolak resolusi Parlimen Eropah mengenai keganasan di Manipur
Bernama
Julai 14, 2023 11:53 MYT
Julai 14, 2023 11:53 MYT
NEW DELHI: Kerajaan India menolak resolusi yang diterima pakai oleh Parlimen Eropah berhubung keganasan yang berpanjangan di negeri Manipur di timur laut India, dengan menyifatkannya sebagai "campur tangan dalam hal ehwal dalaman India."
Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar India Arindam Bagchi menyifatkan resolusi Parlimen Eropah sebagai "tidak boleh diterima" dan mencerminkan "minda penjajah".
Hampir 150 orang terbunuh dan beribu-ribu hilang tempat tinggal dalam keganasan yang berterusan di Manipur sejak 3 Mei.
-- BERNAMA