India tingkat usaha cegah penyakit kulat hitam

Astro Awani
Mei 23, 2021 06:40 MYT
Dalam kegawatan menentang COVID-19, India juga kini memperkuatkan langkah untuk melawan mucormycosis atau penyakit kulat hitam dalam kalangan rakyatnya. -Gambar fail/Reuters
NEW DELHI: Dalam kegawatan menentang COVID-19, India juga kini memperkuatkan langkah untuk melawan mucormycosis atau penyakit kulat hitam dalam kalangan rakyatnya.
Menurut laporan media tempatan, ketika ini terdapat lebih 8,800 pesakit dijangkiti penyakit itu sehingga membawa kepada 219 kematian.
Pengarah Persatuan Perubatan India, Dr Ani Goyal berkata mereka yang dijangkiti kebanyakannya terdiri daripada individu yang menghidap diabetes.
Malah, ada juga pesakit COVID-19 yang turut dijangkiti penyakit kulat hitam itu.
Ini kerana COVID-19 telah merosakkan imuniti mereka dan meningkatkan peluang untuk mendapat penyakit tersebut.
Tambahnya, persekitaran tempat tinggal menjadi punca kepada penyakit ini, termasuk sedikit kebarangkalian penularan antara manusia.
#kulat hitam #India #mucormycosis #Ani Goyal #Persatuan Perubatan India #diabetes #kencing manis #COVID-19 #perubatan
;