NEW DELHI: Pihak berkuasa negeri Kerala di selatan India telah meningkatkan langkah-langkah pengawasan untuk membendung penularan jangkitan Nipah, kata pegawai pada Sabtu.
Xinhua melaporkan bahawa langkah-langkah telah ditingkatkan di daerah Kozhikode, yang mana enam kes telah dikenal pasti. Empat daripadanya adalah kes aktif manakala dua lagi meninggal dunia.
Penyiar All India Radio (AIR) berkata, sebanyak 1,080 orang telah dimasukkan dalam senarai kontak rapat pesakit Nipah di Kozhikode, di mana 297 orang berada dalam kategori berisiko tinggi.
"Mereka dalam senarai kontak rapat ini dikuarantin dan sampel cecair badan mereka telah dihantar untuk ujian," kata penyiar tersebut memetik pegawai kerajaan sebagai berkata.
Menurut AIR, petugas kesihatan telah memantau lebih daripada 15,000 rumah di Kozhikode setakat ini sebagai sebahagian daripada pemantauan mereka.
Laporan mengatakan selepas seorang penduduk di Cheruvannur diuji positif Nipah pada Jumat, pentadbiran tempatan mengisytiharkan kawasan lima kilometer sekitar kediaman tersebut sebagai zon pembendungan.
Kawalan perimeter yang ketat telah dikenakan di beberapa kawasan tempatan yang terletak di bawah Majlis Perbandaran Kozhikode. Pegawai telah memasang penghadang untuk menghadkan akses ke kawasan terjejas.
Pentadbiran daerah di Kozhikode telah mengarahkan semua institusi pendidikan untuk mengadakan kelas secara dalam talian untuk pelajar-pelajar sehingga 24 September.
Kerala kali pertama menyaksikan wabak virus Nipah pada tahun 2018 di daerah Kozhikode dan Malappuram, meragut 17 nyawa.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Sat Sep 16 2023

Langkah-langkah pengawasan telah ditingkatkan di daerah Kozhikode, yang mana enam kes telah dikenal pasti. - Reuters

Jurulatih kebangsaan label aksi Liga-M tak menarik, tempo perlahan
Ketua jurulatih baharu kebangsaan, Peter Cklamovski, menggesa kancah Liga Malaysia (Liga-M) agar mencontohi liga di Thailand dan Vietnam dalam usaha melahirkan skuad kebangsaan yang lebih berkualiti.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.

Virus Nipah: Dua maut, tiga positif di Kerala, India
Pakar kesihatan kini sedang mengumpul sampel cecair daripada kelawar dan pokok buah-buahan di wilayah tersebut.

Singapura terima babi hidup pertama dari Malaysia
Buat pertama kalinya sejak 18 tahun lepas, Singapura semalam menerima penghantaran pertama babi hidup dari Malaysia.