India terima kemasukan 6.19 juta pelancong asing pada 2022

Bernama
April 7, 2023 22:18 MYT
India menerima kemasukan 6.19 juta pelancong asing pada 2022, berbanding 1.52 juta pada 2021. Pada 2019, India mencatat 10.93 juta ketibaan pelancong asing. - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI: India menerima kemasukan 6.19 juta pelancong asing tahun lepas, berbanding 1.52 juta pada 2021, lapor Xinhua, memetik Kementerian Pelancongan pada Jumaat.
Memetik data Biro Imigresen, Kementerian Pelancongan memaklumkan ia merupakan tanda pemulihan selepas pandemik COVID-19.
Sebelum ini India mencatat 10.93 juta ketibaan pelancong asing pada 2019.
Kerajaan persekutuan sedang mengambil inisiatif untuk memberi rangsangan kepada sektor pelancongan demi meningkatkan ketibaan pelancong asing, termasuk bantuan kewangan kepada kerajaan tempatan untuk pembangunan infrastruktur.
Kementerian telah menyediakan talian bantuan maklumat pelancongan 24/7 pelbagai bahasa untuk pelancong domestik dan asing.
--BERNAMA-XINHUA
#Kementerian Pelancongan India #pelancongan #India #kemasukan pelancong asing