India nasihat rakyatnya tangguh perjalanan ke Bangladesh

Bernama
Ogos 5, 2024 10:20 MYT
Rakyat Bangladesh dilihat berlari bersebelahan sebuah pusat membeli-belah yang dibakar oleh penunjuk perasaan di Dhaka. - Foto AP
NEW DELHI: India menasihatkan rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke Bangladesh di tengah-tengah protes dan keganasan yang semakin meningkat di negara jiran itu.
"Berikutan perkembangan semasa, rakyat India dinasihatkan agar tidak pergi ke Bangladesh sehingga diberitahu kelak," kata Kementerian Hal Ehwal Luar dalam satu kenyataan pada Ahad (4 Ogos).
Pada Ahad, kerajaan Bangladesh mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara dan menutup perkhidmatan Internet untuk menghentikan keganasan.
Sekurang-kurangnya 91 orang terbunuh dalam pertempuran pada Ahad, menurut laporan media tempatan.
Protes tercetus di Bangladesh pada Julai terhadap sistem kuota dalam pekerjaan kerajaan untuk kumpulan tertentu.
Mahkamah Agung baru-baru ini membatalkan kebanyakan kuota itu, tetapi protes telah menjadi gerakan yang lebih besar menentang kerajaan parti Liga Awami.
- BERNAMA
#Bangladesh #perintah berkurung #keganasan di Bangladesh #sistem kuota pekerjaan
;