India lulus pemerolehan senjata bernilai AS$26 bilion
Bernama
November 30, 2023 04:07 MYT
November 30, 2023 04:07 MYT
NEW DELHI: Kementerian Pertahanan India pada Khamis meluluskan pemerolehan senjata, termasuk jet pejuang dan helikopter, bernilai 2.23 trilion rupee (AS$26.7 bilion).
Majlis Pemerolehan Pertahanan (DAC) kementerian itu berkata sebahagian besar sistem akan diperoleh daripada pengeluar tempatan.
Peluru antikereta kebal, senjata artileri mudah alih dan peluru berpandu antikapal adalah antara senjata yang mendapat kelulusan awal.
Pembelian itu juga termasuk 97 jet pejuang Tejas untuk tentera udara dan 156 helikopter tempur Prachand untuk tentera darat daripada Hindustan Aeronautics Ltd, syarikat pengeluar tempatan milik kerajaan, lapor media tempatan.
Majlis itu juga meluluskan projek menaik taraf 84 pesawat pejuang Su-30MKI yang digunakan oleh Tentera Udara India.
Ketiga-tiga cadangan pemerolehan itu dianggarkan menelan belanja AS$19.2 bilion.
-- BERNAMA