India lancar roket pertama buatan sendiri
Bernama
November 18, 2022 18:07 MYT
November 18, 2022 18:07 MYT
NEW DELHI: Sebuah syarikat yang berpangkalan di selatan India, melancarkan roket pertama yang dibangunkannya sendiri di negara itu, pada Jumaat.
"Kami melakar sejarah hari ini dengan pelancaran roket persendirian pertama India. Ia adalah simbol India baharu dan merupakan Prarambh (permulaan) masa depan yang hebat," kata pengasas bersama Skyroot Aerospace yang berpangkalan di Hyderabad, Pawan Kumar Chandana.
Roket suborbital Vikram-S itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Satish Dhawan Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) di pulau Sriharikota di luar pantai tenggara negara itu.
Roket sepanjang lapan meter itu mempunyai jisim 546 kilogram (kg) dan dibangunkan dalam tempoh dua tahun oleh sepasukan 200 jurutera.
Permulaan teknologi angkasa lepas yang diasaskan bekas jurutera ISRO Chandana dan Naga Bharath Daka pada 2018 menerima AS$51 juta tahun ini dalam pusingan pembiayaan yang diketuai dana Singapura GIC.
Projek angkasa itu telah mengumpul AS$68 juta dana setakat ini.
-- BERNAMA