India lancar peluru berpandu Agni-4

Bernama
September 7, 2024 13:45 MYT
Agni-4 mampu mengenai sasaran sejauh 4,000 kilometer. - Gambar/ X @thecommonman02
NEW DELHI: India pada Jumaat melaksanakan pelancaran peluru berpandu balistik jarak sederhana (IRBM) Agni-4 di luar pantai negeri Odisha.
"Pelancaran itu berjaya mengesahkan semua parameter operasi dan teknikal. Ia dijalankan di bawah naungan Komando Pasukan Strategik," menurut Kementerian Pertahanan.
Agni-4 mampu mengenai sasaran sejauh 4,000 kilometer.
Sejak 1990-an, India membangunkan pelbagai peluru berpandu jarak dekat, sederhana dan jauh termasuk Agni-5 yang berupaya mengenai sasaran sejauh 5,000 km.
Pada Mac tahun ini, India berjaya menguji sistem peluru berpandu yang boleh membawa beberapa kepala peledak.
-- BERNAMA
#India #peluru berpandu #Agni-4 #IRBM
;