India haramkan amalan perceraian talak tiga

Astro Awani
Ogos 22, 2017 19:12 MYT
Mahkamah Agung India memutuskan amalan talak tiga dalam sistem perceraian Islam adalah tidak berperlembagaan di negara itu. -Gambar fail/Reuters
Mahkamah Agung India memutuskan amalan talak tiga dalam sistem perceraian Islam adalah tidak berperlembagaan di negara itu.
Dalam keputusan majoriti 3-2 oleh lima panel hakim, amalan itu disifatkan sebagai 'tidak berunsur Islam'.
Agensi berita tempatan India melaporkan amalan lafaz talak tiga itu melanggar Perkara 14 dan 21 perlembagaan India.
Kes itu sebelum ini difailkan oleh lima wanita Islam yang dicerai talak tiga dan disokong dua badan hak asasi manusia.
Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menerusi akaun Twitter turut menyifatkan keputusan bersejarah itu bakal memberi hak dan keadilan kepada wanita. - Diolah oleh Dania Zainuddin
#India #Islam #Mahkamah Agung India #Narendra Modi #Perdana Menteri #Twitter
;