India digempar dengan satu lagi kes rogol
Agensi
April 21, 2013 08:50 MYT
April 21, 2013 08:50 MYT
India sekali lagi digemparkan dengan insiden rogol yang membabitkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dirogol, didera dan dikurung oleh seorang lelaki selama dua hari.
Ratusan penduduk mengadakan tunjuk perasaan di New Delhi pada Sabtu bagi membantah tindakan itu.
Pihak polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun di bandar Muzzaffarpur di Bihar, kira-kira 1000 kilometer ke timur New Delhi untuk membantu siasatan.
Suspek kemudian diterbangkan ke New Delhi dan diletakkan di bawah tahanan polis.
Mangsa dilapor mengalami kecederaan dalaman yang serius dan pasukan doktor sedang mencuba sedaya upaya untuk menstabilkan keadaannya.