India beri makanan percuma kepada migran

Astro Awani
Mei 14, 2020 07:20 MYT
Pemberian makanan percuma sebahagian pelan ekonomi bernilai AS$266 bilion yang diumum bagi menangani kesan perintah kawalan yang dilaksanakan kerana COVID-19. -Gambar Astro AWANI
India mengumumkan pemberian makanan percuma kepada migran selama dua bulan.
Ia sebahagian pelan ekonomi bernilai AS$266 bilion (RM1.15 trilion) yang diumum bagi menangani kesan perintah kawalan yang dilaksanakan kerana COVID-19.
Menteri Kewangan, Nirmala Sitharaman menjelaskan pemberian makanan percuma bernilai AS$463 juta (RM2.01 bilion) itu akan memanfaatkan 80 juta migran.
“Kami tahu migran kini berpindah keluar, mereka kembali ke kampung halaman.
"Kami meminta mereka kekal di mana mereka berada ketika ini, dan kami akan berikan makanan percuma,” katanya.
Sebelum ini ribuan migran melarikan diri dari bandar untuk kembali ke kampung halaman mereka.
Sebahagian daripada mereka bimbang pelaksanaan sekatan bakal menyebabkan mereka kebuluran.
Keadaan pekerja migran ini yang disifatkan tidak mendapat perhatian mencetuskan kemarahan rakyat.
#AS #cetus kemarahan rakyat #COVID-19 #India #koronavirus #migran #Nirmala Sitharaman #pemberian makanan percuma
;