India bawa pulang 100 tan emas dari Britain - Laporan
Bernama
Mei 31, 2024 19:19 MYT
Mei 31, 2024 19:19 MYT
NEW DELHI: Bank pusat India telah membawa pulang 100 tan emas dari Britain, menurut satu laporan pada Jumaat.
The Times of India yang memetik sumber rasmi melaporkan bahawa Bank Rizab India (RBI) mungkin akan memindahkan jumlah emas yang sama dari luar negara ke peti besi domestiknya dalam beberapa bulan akan datang.
India adalah antara pemegang rizab emas terbesar di dunia selain menjadi pengguna kedua terbesar logam berharga itu.
RBI menyimpan 822 tan emas pada akhir bulan Mac, di mana kira-kira 413 tan emas disimpan di luar negara.
Kerajaan pada bulan Mac membenarkan RBI mengimport emas tanpa membayar cukai import pada Mac lepas.
-- BERNAMA