India bantah China nafi kemasukan beberapa atlet ke Sukan Asia
Bernama
September 22, 2023 21:03 MYT
September 22, 2023 21:03 MYT
NEW DELHI: India telah membuat bantahan selepas China menafikan kemasukan beberapa atlet dari negeri timur laut Arunachal Pradesh ke Sukan Asia di Hangzhou.
Tiga atlet wanita yang bertanding dalam seni mempertahankan diri wushu didakwa China sebagai "Tibet Selatan", tidak menerima akreditasi China, menurut laporan media.
"Selaras dengan kedudukan kami sejak sekian lama dan konsisten, India dengan tegas menolak layanan berbeza terhadap warganegara India atas dasar etnik. Arunachal Pradesh adalah, sedang dan akan sentiasa kekal sebagai bahagian penting dan tidak boleh dipisahkan dari India," katanya.
India mengemukakan bantahan keras terhadap isu itu dan membatalkan lawatan yang dijadualkan ke China untuk acara 23 Sept hingga 8 Okt oleh menteri penerangan dan sukan.
Perbalahan tercetus antara India dan China pada Ogos mengenai "peta standard" Cina baharu yang menunjukkan Arunachal Pradesh sebagai sebahagian daripada China.
-- BERNAMA