India akan adakan pilihan raya Parlimen dalam 7 fasa mulai 19 April

Bernama
Mac 16, 2024 22:11 MYT
Hampir 969 juta pemilih layak untuk mengundi dalam pilihan raya untuk memilih 543 ahli Lok Sabha, iaitu Dewan Rakyat Parlimen India. - Gambar hiasan/Team Ceritalah
NEW DELHI: India akan mengadakan pilihan raya parlimennya dalam tujuh fasa mulai 19 April ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya pada Sabtu.
Hampir 969 juta pemilih layak untuk mengundi dalam pilihan raya untuk memilih 543 ahli Lok Sabha, iaitu Dewan Rakyat Parlimen India.
Pengiraan undi akan berlangsung pada 4 Jun.
Perdana Menteri Narendra Modi, 73, akan bertanding untuk penggal ketiganya dengan Parti Bharatiya Janata (BJP) yang bakal menghadapi persaingan sengit dengan pakatan yang diketuai parti pembangkang utama parti Kongres Nasional India.
Mandat penggal ke-17 Lok Sabha semasa akan berakhir pada 16 Jun ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya juga mengumumkan pilihan raya negeri untuk Andhra Pradesh, Arunachal Pradesh, Odisha dan Sikkim.
Dalam pengumuman jadual pilihan raya itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menjelaskan proses pengundian berfasa antara 19 April hingga 1 Jun itu diperlukan kerana keadaan geografi negara ini dan keperluan logistik yang besar dalam mengendalikan pengundian.
-- BERNAMA
#India #pilihan raya presiden #pengundi #Narendra Modi
;