Imran Khan umum menang pilihan raya Pakistan

Agensi
Julai 26, 2018 20:54 MYT
Imran menyampaikan ucapan kemenangan di Islamabad selepas yakin kiraan undi berpihak kepada partinya. - Reuters
Bekas bintang kriket Imran Khan mengumumkan kemenangan partinya pada Khamis dalam pilihan raya umum Pakistan.
Kiraan undi dilihat menyebelahinya meskipun masih belum selesai secara keseluruhan. Pada masa yang sama, parti lawan mendakwa berlaku penipuan dalam proses pengiraan.
"Ini bakal jadi kerajaan pertama yang tidak akan menjatuhkan hukuman kerana fahaman politik," ujar Imran dalam ucapannya pada Khamis.
Para penyokong bekas perdana menteri Nawaz Sharif berkata terdapat masalah dengan pengiraan undi dan proses itu disifatkan sebagai satu serangan demokrasi dalam sebuah negara yang mempunyai sejarah pentadbiran tentera.
Sebelum ini, parti yang dipimpin Imran dituduh menerima sokongan secara senyap oleh pihak tentera.
BACA: Pilihan raya Pakistan tentukan hala tuju demokrasi
BACA: Bintang legenda kriket, Imran Khan, yakin menjadi Perdana Menteri
#demokrasi #Imran Khan #Nawaz Sharif #Pakistan #pilihan raya
;