Imran Khan dinamakan secara rasmi bersubahat bunuh peguam
Astro Awani
Jun 8, 2023 08:00 MYT
Jun 8, 2023 08:00 MYT
KARACHI: Polis Pakistan secara rasmi menamakan bekas Perdana Menteri, Imran Khan sebagai rakan subahat dalam satu kes pembunuhan.
Kes itu melibatkan pembunuhan seorang peguam oleh seorang lelaki bersenjata tidak dikenali.
Mangsa dilaporkan menuntut prosiding menghasut terhadap Imran.
Polis mendaftarkan kes "bersubahat untuk membunuh" terhadap Imran, 70 tahun.
Imran ketika ini berdepan puluhan pertuduhan sejak penyingkirannya menerusi undi percaya Parlimen pada April tahun lalu.
Beliau mempertahankan kes pendakwaan ini sebagai bermotifkan politik.
Imran menafikan dakwaan itu, dan memaklumkan akan hadir ke mahkamah pada Khamis untuk mendapatkan jaminan bagi 16 kes lain.
Jurucakap kerajaan wilayah, Babar Khan berkata Imran boleh menghadapi pertuduhan rasmi apabila kes pembunuhan itu dibicarakan.
Peguam yang dibunuh, Abdur Razaq, telah memfailkan petisyen mahkamah menuntut prosiding hasutan terhadap Imran kerana membubarkan kerajaannya selepas usul undi tidak percaya.
Razaq dalam perjalanan ke mahkamah apabila lelaki bersenjata yang menaiki motosikal menembak dan membunuhnya.
Menurut laporan polis difailkan anak lelaki Razaq, Siraj Ahmad, bapanya telah dibunuh oleh lelaki tidak dikenali yang bersubahat dengan bekas Perdana Menteri.