Imran Khan beri tempoh 6 hari untuk Pakistan umum tarikh pilihan raya

Bernama
Mei 26, 2022 10:55 MYT
Imran Khan memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu setelah beliau membatalkan protesnya di Islamabad susulan pertempuran antara polis dan penyokongnya. - Gambar fail/REUTERS
NEW DELHI: Bekas perdana menteri Pakistan Imran Khan pada Khamis memberi tempoh enam hari kepada kerajaan untuk mengumumkan tarikh pilihan raya baharu setelah beliau membatalkan protesnya di Islamabad susulan pertempuran antara polis dan penyokongnya.
Sebelum itu, kerajaan Pakistan meminta bantuan tentera untuk melindungi bangunan-bangunan penting yang terletak di zon selamat di Islamabad, lokasi penyokong Imran berkumpul.
Ketua parti Tehreek-e-Insaf itu berkata beliau mahu mengelak konfrontasi dengan polis dan pasukan keselamatan.
Imran berkata beliau akan kembali ke Islamabad jika kerajaan tidak mengumumkan tarikh pilihan raya baharu dalam tempoh enam hari.
Beliau berkata lima pekerja parti terbunuh dalam keganasan di bandar Karachi dan dua lokasi lain pada Rabu.
-- BERNAMA
#bekas perdana menteri Pakistan #Imran Khan #Pakistan #pilihan raya #tempoh #Islamabad