Imran Khan batal tunjuk perasaan ke Islamabad

Astro Awani
November 27, 2022 08:15 MYT
Khan telah mengadakan bantahan di seluruh negara untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya awal sejak digulingkan daripada kuasa pada April. - Foto fail/AP
ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan membatalkan perarakan protes bantahannya ke Islamabad kerana bimbang ia akan menyebabkan kekecohan di negara itu.
Imran berkata demikian dalam penampilan pertamanya di khalayak ramai sejak cedera dalam insiden tembakan awal bulan ini.
BACA: Bekas PM Pakistan Imran Khan stabil selepas selamat daripada cubaan bunuh
Khan telah mengadakan bantahan di seluruh negara untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya awal sejak digulingkan daripada kuasa pada April.
Protes itu dijadualkan berakhir dengan perarakan ke Islamabad.
Tindakan itu dijangka memburukkan lagi kemelut politik di negara bersenjata nuklear itu yang sedang bergelut dengan krisis ekonomi.
Khan semasa berucap di hadapann ribuan penyokongnya di garison Rawalpindi berkata, beliau memutuskan untuk tidak pergi ke Islamabad kerana akan berlaku kekecohan dan kerugian negara.
Khan awal bulan ini ditembak apabila konvoi protes antikerajaannya yang menuju ke Islamabad diserang di timur negara itu.
Beliau menamakan Perdana Menteri Shehbaz Sharif dan pegawai kanan tentera yang merancang pembunuhannya, tetapi tuduhan itu dinafikan kedua-dua pihak.
#Imran Khan #protes #kemelut politik #krisis ekonomi
;