Impak Game of Thrones berakhir, 'Jon Snow' jalani rehabilitasi kerana masalah peribadi
Agensi
Mei 30, 2019 14:25 MYT
Mei 30, 2019 14:25 MYT
PELAKON siri fantasi popular Game of Thrones, Kit Harington, telah dimasukkan ke pusat rehabilitasi dipercayai akibat 'masalah peribadi' berikutan berakhirnya siri itu.
Harington telah berada di pusat rehabilitasi Privé-Swiss di Connecticut selama hampir sebulan, beberapa minggu sebelum tayangan episod terakhir Game of Thrones pada 19 Mei.
Selepas penggambaran terakhir siri berkenaan, Harington berkata, hatinya hancur kerana dia sangat menyayangi siri itu.
“(Game of Thrones) tidak pernah dianggap sebagai pekerjaan bagi saya... ia hidup saya," katanya.
Dia menganggap pelakon-pelakon lain dalam siri itu sebagai keluarganya malah dia telah berkahwin dengan rakan setugasnya, pelakon Rose Leslie pada 2016 selepas bertemu dengannya semasa penggambaran salah satu episodnya.
Suatu sumber mendedahkan bahawa Harington mendaftar masuk di pusat rehabilitasi itu untuk mengatasi 'masalah tekanan dan keletihan selain ketagihan alkohol'.
Sumber itu juga menambah bahawa Leslie serta rakan-rakan Harington akan terus memberi sokongan kepadanya sepanjang dia menjalani proses pemulihan.
“Semua orang yang rapat dengannya benar-benar mahu dia berehat. Kini, dia hanya memerlukan keamanan dan ketenangan,” ujarnya lagi.
#Game of Thrones
#GoT
#Kit Harington
#masalah peribadi
#musim terakhir
#pelakon
#pemulihan
#rehab
#rehabilitasi
#Rose Leslie