Imigresen Thailand perketat kawalan sempadan kesan individu dwi-kerakyatan
Bernama
Mei 3, 2018 16:35 MYT
Mei 3, 2018 16:35 MYT
Ketua Polis Imigresen Thailand mengarahkan pegawainya memperketatkan kawalan di semua pintu masuk negara itu yang bersempadan dengan Malaysia bagi mengesan individu yang memiliki dwi-kerakyatan.
Menurut Lt Jen Suttipong Wongpin, terdapat kemungkinan individu dwi-kerakyatan menggunakan pintu masuk sempadan menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Malaysia.
"Sekarang ini Malaysia (berada) dalam musim pilihan raya, maka terdapat kemungkinan individu memiliki dwi-kerakyatan, Malaysia dan Thailand, menggunakan pintu sempadan," katanya kepada pemberita selepas melawat pasukan imigresen yang bertugas di pintu sempadan di Sungai Golok, di sini.
Suttipong turut melawat jeti-jeti sementara di Sungai Golok, selain meninjau penggunaan sistem pemeriksaan latar belakang pemegang pasport yang digunakan Imigresen Thailand di pintu sempadan.
Beliau berkata melalui sistem itu, pihaknya berjaya mengesan dan menahan beberapa individu yang cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa.
-- BERNAMA
#Imigresen
#Kerakyatan
#Lt Jen Suttipong Wongpin
#Malaysia
#Malaysia Memilih
#MalaysiaMemilih
#pasport
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#polis
#Thailand