IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan

Bernama
April 30, 2024 12:20 MYT
IMF berkata, keadaan makroekonomi Pakistan telah bertambah baik sepanjang sembilan bulan program itu. - Gambar/ Reuters
NEW DELHI: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai AS$1.1 bilion kepada Pakistan.
Ini merupakan bahagian kedua dan terakhir pembiayaan AS$3 bilion yang diluluskan IMF untuk negara itu pada Julai 2023.
Keadaan makroekonomi Pakistan telah bertambah baik sepanjang sembilan bulan program itu, kata badan pemberi pinjaman itu dalam satu kenyataan.
Pertumbuhan dua peratus dijangka pada tahun kewangan semasa (Julai 2023-Jun 2024) disokong oleh pemulihan berterusan pada separuh kedua tahun fiskal, katanya.
"Usaha dasar tegas Pakistan di bawah Aturan Stand-By Arrangement (SBA) 2023 telah membawa kemajuan dalam memulihkan kestabilan ekonomi. Pertumbuhan sederhana telah kembali, tekanan luaran telah berkurangan dan ketika masih tinggi, inflasi telah mula menurun," kata Timbalan Pengarah Urusan IMF Antoinette Sayeh
-- BERNAMA
#Pakistan #IMF #pinjaman kewangan #ekonomi negara
;