Imam Masjid Al-Aqsa ditahan Israel

Astro Awani
Ogos 2, 2024 23:00 MYT
Sheikh Ikrima merupakan antara pengkritik tegar pendudukan haram Israel di wilayah Palestin yang telah berlaku selama beberapa dekad. - Gambar fail/passia.org
IMAM Masjid Al-Aqsa ditahan Israel dalam satu serbuan di rumahnya di Baitulmaqdis pada Jumaat.
Menurut laporan antarabangsa, Sheikh Ikrima Sabri ditahan pasukan perisikan Israel selepas beliau berdoa ketika khutbah Jumaat untuk Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Tehran pada Rabu.
Dalam khutbah beliau, Sheikh Ikrima berkata: "Penduduk Baitulmaqdis dan di sekitarnya, dari mimbar Masjid Al-Aqsa yang dirahmati, meratapi pemergian Ismail Haniyeh yang mati syahid."
Susulan itu, polis Israel berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada kenyataan itu bersifat "hasutan" dan akan bertindak sewajarnya.
Beliau bagaimanapun difahamkan telah dibebaskan dengan syarat beliau tidak menghampiri kawasan masjid tersebut sehingga 8 Ogos ini.
Pendakwah berusia 85 tahun itu pernah ditahan beberapa kali oleh tentera Israel dan dilarang daripada memasuki Masjid Al-Aqsa.

Israels intelligence have arrested Sheikh Ikrima Sabri, imam of the Al Aqsa Mosque in a raid on his home in Jerusalem after he prayed for the Israeli-assassinated Ismail Haniyeh during a Friday sermon. pic.twitter.com/8XWEZ04r2A

— Eye on Palestine (@EyeonPalestine) August 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sheikh Ikrima adalah pengkritik tegar pendudukan haram Israel di wilayah Palestin yang telah berlaku selama beberapa dekad.
Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan Mufti Baitulmaqdis dan Wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.

Breaking: Sheikh Ikrima Sabri, the Imam of Al-Aqsa Mosque, has been released on the condition that he stays away from the holy compound until the 8th of this month. pic.twitter.com/bXDFG7kYvk

— AlQastal News (@QastalNewsEn) August 2, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Masjid Al-Aqsa #Israel #Sheikh Ikrima Sabri #Imam Masjid Al-Aqsa