Imam antara dua korban serangan bom dalam masjid di Kabul
Astro Awani
Jun 2, 2020 07:58 MYT
Jun 2, 2020 07:58 MYT
Seorang iman antara dua yang terbunuh dalam satu letupan di sebuah masjid di Kabul, Afghanistan pada petang Selasa.
Kejadian yang berlaku di Masjid Wazir Akber Khan itu menyasarkan jemaah yang berkumpul untuk menunaikan solat.
Imam yang maut dikenal pasti sebagai Mullah Mohammad Ayaz Niazi, seorang pemimpin agama yang begitu lantang menyampaikan dakwah.
Dua jemaah turut cedera dalam letupan itu.
Tiada pihak mengaku bertanggungjawab atas insiden itu.
Walaupun Afghanistan semakin bergolak dengan kebangkitan Taliban, namun setakat ini kumpulan itu tidak pernah melakukan serangan di dalam masjid di negara berkenaan.
Manakala, militan Daish yang juga kembali aktif sejak beberapa minggu lalu sering menjadikan masjid sebagai sasaran mereka.
Serangan terhadap masjid meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini dengan kejadian terbaharu berlaku bulan lalu yang mengorbankan 11 nyawa.
#Afghanistan
#bom
#daish
#Kabul
#letupan masjid
#Masjid Wazir Akber Khan
#militan
#Mullah Mohammad Ayaz Niazi
#pemimpin agama
#Taliban