Iktiraf jenayah perang: 'Malaysia tidak cakap kosong' - Tun M
Harits Asyraf Hasnan
September 27, 2019 05:15 MYT
September 27, 2019 05:15 MYT
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia bukan hanya bercakap kosong soal menjenayahkan peperangan, sebaliknya membuktikan bahawa Malaysia komited dengan inisiatif itu.
Tegasnya, Malaysia akur dengan beberapa perkara yang diputuskan di peringkat antarabangsa dan tidak bertindak menerusi peperangan atas pertikaian yang berlaku.
“Kami menyelesaikan pertikaian dengan jiran kami menerusi rundingan dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Ada yang kami memang dan ada yang kami kalah. Tapi tiada siapa yang dibunuh.
"Kalau kita bercakap yang ‘tidak seinci pun wilayah saya’ - tidak masuk akal. Kami tahu bahawa jika kita berperang, setiap inci itu kosnya lebih tinggi daripada nilainya.
“Apabila ada perkara yang dibawa ke mahkamah, tidak semestinya apa yang dituntut akan kita terima. Sama juga seperti peperangan. Kita tidak sentiasa akan menang.
"Dalam persaingan antara dua pihak, satu akan tewas, satu lagi akan menang. Tapi kalau kita lakukannya secara aman, kita tetap akan tewas tapi ia dapat mengurangkan kos kita. Tiada yang akan mati, atau kawasan yang hancur,” ujar Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian dalam debat umum sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini pada Jumaat.
Jelasnya, walaupun kita masih menganggap diri kita bertamadun, namun kita sebenarnya masih bergelar primitif kerana terbuka menerima pembunuhan sebagai cara untuk menyelesaikan pertikaian dalam negara atau antara negara.
#bukan cakap kosong
#Mahathir Mohamad
#MahathirUNGA
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa
#menjenayahkan peperangan
#PBB
#Perdana Menteri