Iklim dan perdagangan dunia jadi tumpuan sidang BRICS
Agensi
Jun 19, 2017 20:13 MYT
Jun 19, 2017 20:13 MYT
Isu perubahan iklim dunia dan perdagangan menjadi tumpuan dalam Persidangan Kerjasama Brazil, Rusia, India, China, dan Afrika Selatan (BRICS) yang berlangsung di Beijing hari ini.
Isu lain yang turut dibincangkan oleh wakil-wakil negara anggota termasuklah isu keganasan antarabangsa.
Menurut China, dalam tempoh 10 tahun, perdagangan dunia negara BRICS meningkat daripada 12 ke 23 peratus.
Sumbangan ekonomi negara-negara ini turut meningkat kepada lebih 50 peratus.
Isu lain yang turut mendapat perhatian termasuk memastikan segala polisi memberi manfaat yang adil kepada masyarakat masing-masing.
Langkah ini diambil bagi membasmi ancaman kemiskinan, ketidakadilan, serta pengangguran.
Dagangan global menjadi topik utama sidang kali ini selepas Presiden Amerikas Syarikat Donald Trump mengumumkan menarik diri daripada perjanjian pelbagai hala seperti Perjanjian Iklim Paris dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).