Ikan paus 'kembar siam' terdampar di pantai Mexico

Agensi
Januari 8, 2014 14:37 MYT
Paus 'kembar siam' yang ditemui - Foto AFP
Dua ekor anak Ikan paus kelabu yang melekat di bahagian pinggang seakan kembar siam telah ditemui nelayan terdampar di sebuah lagun ke barat laut Mexico.
Menurut ahli biologi marin tempatan, penemuan haiwan seumpamanya sangat jarang berlaku.
Berukuran empat meter (13 kaki), ikan paus kembar itu bagaimanapun telah mati ketika ditemui di lagun Ojo Ojo de Liebre menuju ke Lautan Pasifik di Semenanjung Baja California, seperti yang disahkan oleh Suruhanjaya Pelindungan Alam Semula Jadi (CONANP).
Menurut ahli biologi marin dan pengurus serantau CONANP, Benito Bermudez, ikan paus yang mempunyai berat hampir setengah tan itu bercantum pada bahagian pinggang dan mempunyai dua kepala penuh dan dua ekor.
Punca kematiannya tidak dinyatakan walaubagaimanapun para saintis akan menjalankan ujikaji ke atas penemuan itu dan spesisnya.
Setiap musim sejuk, ratusan ikan paus kelabu akan berhijrah dari Laut Bering ke perairan panas Baja California.
Hampir 1,200 paus kelabu telah dikesan berhijrah ke rantau itu pada musim 2012-2013.
#ikan paus #kembar siam #Mexico
;