Ikan jerung melompat dari permukaan laut
Sinar Harian
Ogos 8, 2021 08:35 MYT
Ogos 8, 2021 08:35 MYT
CARDIFF: Seorang jurugambar berjaya merakamkan gambar seekor ikan jerung yang besar melompat keluar dari permukaan air laut di pantai Wales baru-baru ini.
Ikan jerung thresher yang berekor panjang itu melompat keluar dari perairan dekat Strumble Head Pembrokenshire pada Rabu lalu.
Jurugambar bertuah yang berjaya menangkap gambar ikan jerung itu ialah Ken Barnett.
Barnett merupakan seorang sukarelawan sebuah pertubuhan pemuliharaan hidupan maritim, Sea Trust.
Beliau turut memuat naik beberapa gambar ikan jerung tersebut menerusi Twitter.
Ikan jerung tersebut boleh membesar sehingga 7.62 meter tetapi jarang dilihat di kawasan perairan cetek.
Ketika mengulas rakaman gambar itu, Barnett berkata, adalah sesuatu yang hebat untuk melihat ikan jerung tersebut keluar dari permukaan air di Strumble Head.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.