Iglu buatan sendiri runtuh, kanak-kanak 7 tahun maut

Agensi
Februari 18, 2021 22:00 MYT
Difahamkan, iglu berkenaan dibina kanak-kanak itu dengan bantuan bapanya. - Gambar hiasan/ Pixabay
SEORANG kanak-kanak lelaki maut selepas iglu yang dibinanya sendiri, runtuh dan menimpanya dalam kejadian yang berlaku pada Selasa di Graubünden, Switzerland.
Bapa kanak-kanak berusia tujuh tahun itu yang turut terperangkap dalam runtuhan, berjaya menarik anaknya keluar dengan bantuan orang ramai, 15 minit selepas kejadian.
Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Difahamkan, iglu berkenaan dibina kanak-kanak itu dengan bantuan bapanya.
Media tempatan melaporkan pejabat pendakwa raya sedang menyiasat punca kemalangan itu.
Graubünden mengalami salji tebal sejak beberapa hari lalu.
Tahun lalu, seorang pelajar perubatan wanita maut ditimpa salji yang runtuh dari bumbung sebuah bangunan.
#kemalangan #Kanak-kanak #Switzerland #salji #insiden #Graub nden
;