Identiti komando Amerika Syarikat yang terkorban di Somalia dikenal pasti

Reuters
Jun 10, 2018 13:56 MYT
Conrad terbunuh dalam operasi menentang kumpulan militan manakala empat petugas lain alami kecederaan pada Jumaat jam 2.45 pagi di Jubaland. PHOTO: DEPARTMENT OF DEFENSE USA
Identiti komando Amerika Syarikat (AS) yang terkorban dalam serangan hendap di Somalia yang dipercayai dilakukan oleh suspek daripada militan al-Shabaab, berjaya dikenal pasti pada lewat Sabtu.
Menurut Jabatan Pertahanan AS, mangsa adalah Sarjan Alexander Conrad, 26 tahun berasal dari Chandler, Arizona, AS.
Ketika kejadian, Conrad terbunuh dalam operasi menentang kumpulan militan manakala empat petugas lain mengalami kecederaan dalam serangan pada Jumaat jam 2.45 pagi di Jubaland itu.
Conrad bersama pasukan operasi khas AS bergabung bersama kira-kira 800 tentera dari Pasukan Keselamatan Kebangsaan Somalia dan Pasukan Pertahanan Kenya ketika kejadian dalam misi menghapuskan militan al-Shabaab daripada kawasan yang ditawan mereka.
Sebelum ini Conrad pernah dua kali ditugaskan berkhidmat di Afghanistan selama lebih 13 bulan.
Setakat ini, lebih 500 tentera AS ditugaskan ke Somalia bagi menghapuskan penguasaan militan al-Shabaab.
#alexander conrad #Amerika Syarikat #Arizona #chandler #jubaland #Kenya #Somalia
;