ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan

Bernama
Mei 16, 2024 16:39 MYT
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan. - Foto Reuters
AMMAN: Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan, lapor Agensi Berita Jordan (Petra) dengan memetik akhbar Israel, Yediot Aharonot pada Rabu.
Akhbar itu menyatakan bahawa Israel menjangkakan ICJ akan mengeluarkan arahan untuk menghentikan serangan pada Khamis, sambil menambah bahawa ia tidak berhasrat untuk mematuhinya.
Sebaliknya, Perbadanan Penyiaran Israel mengesahkan bahawa Israel akan menghantar pasukan undang-undang ke ICJ untuk memberi maklum balas terhadap permintaan untuk menghentikan perang.
-- BERNAMA
#Mahkamah Keadilan Antarabangsa #ICJ #tolak permintaan Israel #tangguh perbicaraan #Gaza
;